Siri filem & televisiyen The Fast and the Furious (siri filem)

Setakat ini, judul-judul dalam siri The Fast and the Furious adalah seperti berikut:-

Masa hadapan

Fast and Furious 5 sedang dalam peringkat pembangunan. Paul Walker berkata, “Saya telah bercakap dengan para eksekutif di Universal buat masa ini dan mereka betul-betul serius mengenainya. Mereka sedang membangunkannya. Mereka tahu di mana ia akan mengambil tempat. Mereka mahu membikinnya di Eropah.”[1] Vin Diesel menyatakan bahawa dia sentiasa merancang untuk membuat dua lagi filem. "Saya cuma memikirkan jalan cerita walaupun sebelum kami memulakan rakaman filem yang sedia ada," katanya. "Jadi, ya saya memang sedang berfikir mengenainya. Saya sebenarnya terfikir untuk merakam kedua-dua filem tersebut sekali harung dengan Universal serta dengan presiden Universal dan dia seperti, 'Apa? Kami baru sahaja hendak berehat.'"[2] Pada 12 April 2009 Universal mengumumkan bahawa "Fast and Furious 5" sedang dalam proses pembikinan dan kedua-dua Paul Walker dan Vin Diesel sudah pun disahkan berlakon dalam filem sambungan kelima tersebut.